Pakar Keusahawanan & Pemasaran No. 1 Asia
Dr Azizan Osman adalah seorang usahawan, penulis, penceramah, jurulatih kejayaan dan pakar pemasaran No. 1 Asia.
Beliau telah menulis dan menerbitkan buku-buku
bertajuk Rahsia Kaya & Berjaya – Dunia Akhirat, gabungan tulisan
bersama S.H. Alattas, Inspirasi Kaya & Berjaya Siri 1 dan 2, Kuasai
Pemasaran Rahsia Menarik Pelanggan, Transformasi Hidup Luar Biasa dan
buku terbaru beliau adalah Magnet Kekayaan & Kejayaan, sebuah buku
jualan terbaik pada masa ini di pasaran.
Beliau juga telah terlibat di dalam perniagaan sejak
tahun 1998 dan telah gagal banyak kali sehinggalah beliau dilatih oleh
seorang jutawan dan mentor British pada tahun 2001. Dengan ilmu dan
mentor, Dr Azizan berjaya mencapai banyak kejayaan.
Hari ini, beliau
adalah Pengasas & Pengerusi Eksekutif kepada lebih 27 buah syarikat
di dalam pelbagai industri termasuk agensi pengiklanan berakreditasi,
perunding strategi pemasaran untuk syarikat telekomunikasi, perbankan,
NGO serta beberapa buah syarikat pelaburan hartanah dan kolej di
Malaysia dan Singapura.
Sehingga hari ini, beliau telah melatih lebih
daripada 400,000 peserta dan diiktiraf oleh The Malaysia Book of Records
pada tahun 2012 sebagai syarikat yang terbesar di Malaysia dalam
penganjuran pelbagai seminar dan kursus dalam bidang pembangunan
usahawan, pemasaran dan motivasi.
Beribu-ribu peserta telah mendapat manfaat daripada
seminar-seminar keusahawanan dan kejayaan beliau yang merangkumi
pelbagai profesion. Beliau kini sedang menjalankan penyelidikan dan
penulisan tesis bagi melengkapkan pengajian PhD keduanya, Doctor of
Philosophy in Business Administration (PhD) di City University College
of Science and Technology.
Sumber: http://azizanosman.com.my/blog/profil
Thank you for reading :)
Follow balik blog bihah http://inibelognabihah.blogspot.com dan like facebook page bihah, terima kasih
ReplyDelete