Thursday, 6 November 2014

Siapa Dr. Hj. Azizan Osman?

Pakar Keusahawanan & Pemasaran No. 1 Asia

Dr Azizan Osman adalah seorang usahawan, penulis, penceramah, jurulatih kejayaan dan pakar pemasaran No. 1 Asia.

Usahawan Melayu Malaysia

Beliau telah menulis dan menerbitkan buku-buku bertajuk Rahsia Kaya & Berjaya – Dunia Akhirat, gabungan tulisan bersama S.H. Alattas, Inspirasi Kaya & Berjaya Siri 1 dan 2, Kuasai Pemasaran Rahsia Menarik Pelanggan, Transformasi Hidup Luar Biasa dan buku terbaru beliau adalah Magnet Kekayaan & Kejayaan, sebuah buku jualan terbaik pada masa ini di pasaran.

Beliau juga telah terlibat di dalam perniagaan sejak tahun 1998 dan telah gagal banyak kali sehinggalah beliau dilatih oleh seorang jutawan dan mentor British pada tahun 2001. Dengan ilmu dan mentor, Dr Azizan berjaya mencapai banyak kejayaan.

Hari ini, beliau adalah Pengasas & Pengerusi Eksekutif kepada lebih 27 buah syarikat di dalam pelbagai industri termasuk agensi pengiklanan berakreditasi, perunding strategi pemasaran untuk syarikat telekomunikasi, perbankan, NGO serta beberapa buah syarikat pelaburan hartanah dan kolej di Malaysia dan Singapura.

Sehingga hari ini, beliau telah melatih lebih daripada 400,000 peserta dan diiktiraf oleh The Malaysia Book of Records pada tahun 2012 sebagai syarikat yang terbesar di Malaysia dalam penganjuran pelbagai seminar dan kursus dalam bidang pembangunan usahawan, pemasaran dan motivasi.


Beribu-ribu peserta telah mendapat manfaat daripada seminar-seminar keusahawanan dan kejayaan beliau yang merangkumi pelbagai profesion. Beliau kini sedang menjalankan penyelidikan dan penulisan tesis bagi melengkapkan pengajian PhD keduanya, Doctor of Philosophy in Business Administration (PhD) di City University College of Science and Technology.

Sumber:  http://azizanosman.com.my/blog/profil

Thank you for reading :)

1 comment:

  1. Follow balik blog bihah http://inibelognabihah.blogspot.com dan like facebook page bihah, terima kasih

    ReplyDelete

Terima kasih tinggalkan komen. Lain kali komen lagi yer. Syaza akan singgah blog korang semua!!! Tunggu!!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Facebook Page