Tuesday, 9 December 2014

Empat Teknik Pemasaran Dalam Perniaagaan

Ilmu pemasaran memerlukan kreativiti dan pelbagai ilmu sampingan yang digabungkan bagi menghasilkan tarikan.



Dalam sebuah pemasaran perniagaan, penjual berusaha walaupun membelanjakan kos jutaan ringgit dan dolar semata mata untuk 4 teknik ini.

Teknik Pertama: Memberitahu kewujudan produknya di pasaran kepada orang ramai.

Bagaimana mahu menarik pelanggan sekiranya mereka tidak pernah tahu tentang kewujudan produk kita? Banyak cara yang boleh dilakukan untuk menghebahkan kepada orang ramai tentang produk kita. Sebagai contoh, aku adalah seorang pengedar sah vitamin semulajadi nombor 1 didunia. Cara aku menghebahkan adalah melalui laman sosial iaitu facebook, twitter, instagram dan blog.

Selain itu, boleh juga memasang banner/banting di sekitar tempat tinggal anda. Dengan itu, penduduk kawasan anda tahu bahawa anda adalah seorang peniaga. Bila mereka selalu sangat tengok banner tu, bila sebut je pasal Shaklee,  mereka akan terus terlintas. haaa, si syaza tu pengedar Shaklee.

Apa lagi?? Haa, korang juga boleh mengadakan usahasama dengan mana mana syarikat untuk menganjurkan satu ceramah yang berkaitan dengan produk anda.Tetapi anda harus ingat, jangan terlalu gelojoh menceritakan tentang kebaikan produk anda ye. Anda seharusnya membuat satu perkongsian ilmu. Sebagai contoh, aku membuat usahasama dengan sebuah salon kecantikan untuk membuat satu talk tentang tips penjagaan kulit wajah. Haa, mana ada aku selitkan kat tajuk tu dengan menggunakan produk Shaklee . haah Korang kena pandai menarik minat mereka terlebih dahulu dan kemudian di akhir majlis, haa, korang bolehlah perkenalkan tentang produk korang.

Teknik Kedua: Menerangkan Keistimewaan Produk

Haa, bila orang dah tahu kewujudan produk kita. Tentulah mereka ingin tahu apakah keistimewaan produk kita sampai kita menguar-uarkan ke serata tempat?

Haa. inilah peluang yang korang tunggu-tunggukan. Bila korang dah buat instagram, facebook, blog tu janganlah pula biarkan tak berhapdete k. Korang pastikan korang sentiasa aktif yer. Ini juga salah satu cara untuk menarik minat pelanggan. Keep on sharing apakah keistimewaan produk anda yer. 

Itu kalau di laman sosial lah, kalau secara direct-selling. Korang kena pandai mengambil hati pelanggan. Mula-mula, korang dengar dulu apa masalah yang dihadapi pelanggan. Lepas tu, bersesuaian dengan masalahnya, korang cadangkan apakah produk yang sesuai. Cerikan kelebihan produk anda dan ceritakan testimoni-testimoni yang ada.

Sebagai contoh. Aku berjumpa dengan seorang mak cik di perhentian bas. Mak cik itu asyik bersin. Aku memulakan perbualan dengannya.

Aku: Salam mak cik, mak cik nak kemana ni?

Mak cik: Wslm, ohh nak ke pasar. Beli sayur.
Aku: Ooh, satu bas je lah kita, saya nak ke pejabat pos..
Mak cik: *bersin* dan *bersin* dan *bersin*
Aku: Emm, maaf bertanya, mak cik ada resdung ke? 
Mak cik: Yee nak, dah macam-macam produk mak cik telan. Semua tak berjaya.
Aku: Mak cik pernah cuba jenama Shaklee. Sebab ramai yang cuba. Katanya berkesan.
Mak cik: Ohh ye ke. Kalau ramai yang kata berkesan, mak cik nak juga cuba. Sebab tak tahan tau. Asyik gatal-gatal je hidung ni
Aku: Betul berkesan mak cik. Ada customer saya dalam masa 3 hari dah nampak kesan. Ni pom saya nak ke pejabat pos nak pos Shaklee lah ni.
Mak cik: Ooo, boleh beli ngam awak lah yer. Ada pamplet tak.
Aku: Iyee mak cik, saya pengedar sah Shaklee. *hulur pamplet

Itu sekadar contoh perbualan lah yer hihi

Teknik Ketiga: Proses Mempengaruhi Pelanggan Untuk 'bertindak' iaitu MEMBELI

Di saat seseorang itu wassap kepada anda bertanyakan tentang produk anda, itu menunjukkan mereka berminat dengan produk anda. Mungkin semasa mereka bertanyakan itu, mereka sedang tengok tv ke, mereka sedang berada dalam ktm ker. Mungkin juga kan. So, mereka sekadar bertanya sahaja dahulu.

Apa yang anda perlu lakukan??

Anda kena follow up mereka. Berikan tawaran yang menarik. Katakan kepada mereka, sekiranya mereka membuat pembayaran sebelum 3 petang, anda akan mendapat free postage  + hadiah istimewa . Contoh je lah tu. Korang boleh reka sendiri tawaran menarik korang. hihi

Teknik Keempat: Memastikan Jenama Produk Itu Kekal Sebagai BAGUS Di Dalam Kotak Minda Pelanggan

Ohoooi, korang kena sentiasa menjaga nama baik jenama produk korang tu. Kalau ada masalah, korang jangan cepat melatah. Cuba selesaikan dengan cara yang baik.

Macam Shaklee, Shaklee sudah lebih 50 tahun berada di pasaran dunia. Cukup membuktikan bahawa Shaklee ni adalah pembekal vitamin semulajadi yang unggul di mata dunia.

Extra Technique: boleh TEKAN SINI

2 comments:

Terima kasih tinggalkan komen. Lain kali komen lagi yer. Syaza akan singgah blog korang semua!!! Tunggu!!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Facebook Page