Sunday 2 November 2014

Cara Senang Pergi Ke Times Square

Assalamualaikum.

Hari ini 02 November 2014. Semasa aku mencoretkan coretan indah di blog aku ni, aku ingin memanjatkan rasa syukur aku kerana telah terpilih oleh Allah SWT untuk menghadiri Siri Mudahnya Berniaga anjuran Dr. Azizan Osman. Nanti aku kongsikan di entri yang lain yer.

Alkisahnya, nak bagitahu, seminar itu diadakan di Berjaya Times Square Hotel. Aku kesana bersama dengan 'coursemate' aku sendiri iaitu munirah a.k.a mun.

biasalah, selfie, anak anak remaja hehehe


Kami bertolak seawal jam 7.00 pagi dari UPM Serdang. Rancangan awalnya nak bertolak pada pukul 6.30 pagi memandangkan pendaftaran masuk adalah pukul 8.00 pagi dan kami berdua pula hanya menggunakan kenderaan awam. Nasib baiklah ada kawan baik hati hantarkan kami berdua ke stesen komuter Serdang.

Yang paling aku terujanya, kalau dulu, kalau aku nak berjimba jimba di Times Square, aku akan naik KTM dari Serdang ke Bandar Tasik Selatan. Dan dari situ aku akan ambil monorail ke Hang Tuah. Dari Hang Tuah tu kenalah berjalan sedikit untuk sampai ke Times Square.

Atau jalan keduannya yang aku tahu, biasalah aku pom bukan orang 'keyel' kan, SO, ini nak cerita jalan yang aku tahulah. Satu lagi, KTM Serdang ke KL Sentral. Sampai sahaja di KL Sentral, korang kena lintas jalan pergi ke bangunan satu lagi. Kalau berseorangan aku sarankan jangan tau, sebab bahaya kot. Agak jauhlah. Dari KL Sentral, ambil LRT ke IMBI.

TAPI ITU DULU. Itu zaman NU Sentral belum wujud. Itu zaman jejantas belum siap. TERBARU. Kini, TIDAK PERLU berjalan jauh lagi. Kalau dari Serdang, ambil KTM ke KL Sentral . Sampai sahaja KL Sentral, terus naik eskalator ke NU Sentral. Dan korang akan nampak ada mesin membeli token di jejantas tu, ada lebih kurang 4 buah rasanya mesin tu. Korang beli dan tunggu sahajalah ketapi bergerak datang. Jangan lupa pilih IMBI yer untuk ke Times Square.

Yeayyy!!!! Kini tidak perlu berjalan jauh lagi. Senang lah nak ke Times Square. Kalau dulu, aku selalu mengelat nak ke Times Square sebab malas nak jalan kan.  Sekarang, OK sahajalah hihihi.

Done! Thanks for reading. Have a nice day. Sebenarnya aku nak tulis pendek jer tapi terkarangan lah pulekkk hihihi. Maafkan eden yer, hihi. Assalamualaikum

4 comments:

  1. Bestnye dapat g sne..akk xdpt pun..jemput ke blog

    ReplyDelete
  2. senang kan gi TS turu stesen imbi je..hihi syera dah pernah pergi tapi tak pernah pergi lagi seminar DAO ..jealouuss ahhh

    ReplyDelete
  3. i pon bukan org "keyel" you. hehe. welldone syaza. post riang ria. akak suka:)

    ReplyDelete
  4. Syaza kalo akk dulu suka jln ikut hang tuah. Smbl2 cuci2 mata. Lpas tu debu jalan plak tlg cuci2 muka kita...hehe...

    ReplyDelete

Terima kasih tinggalkan komen. Lain kali komen lagi yer. Syaza akan singgah blog korang semua!!! Tunggu!!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Facebook Page