Sunday 12 April 2015

Kereta Idamanku : Range Rover Evoque Putih

Assalamualaikum semua.


Alahai kesian dengan blog daku ni. Setiap 20 tahun baru berhapdate. Maafkan tuanmu yaa. hihi
Okaii, harini aku nak cerita pasal kereta idamanku. Sebenarnya kan, aku ni bukannya jenis yang tahu menahu sangat pasal kereta ni. Dulu aku masuk bilik kawan aku, dia tampal gambar minicooper kat board dia, katanya kereta idaman dia. Masa tu aku macam takde perasaan lah, nak pilih kereta apa yaa sebagai kereta idaman aku.Aku siap tanya lagi orang sekeliling aku emmm, agak-agak kereta apa ye sesuai dengan aku?

Sampailah suatu hari aku terstalk instagram founder NA Argan Oil tu. Opsss, kantoii suka stalk kan. hihi Bagi aku tak salah stalk menstalk ni asalkan tidak menganggu ketenteraman awam hehe asalkan dapat mengsinspirasikan kita kan. Aku suka stalk orang orang yang dah berjaya ni, lagi lagi founder produk kecantikan dan pemilik pemilik butik hihi Alamak, dah lari tajuk pula. Aiyokkk...


Okeyy, kat Instagram Kak Mirah tu aku kenal rupa Range Rover ni. Tapi seriuss aku tiada perasaan lagi dengan MR RR ni. Pendek kata, tiada niat langsung lah nak memiliki Ranger Rover ni. Biarlah aku baca juga beribuu ribu komen yang menyatakan keterujaan dengan MR RR ni.

Cantiknyaaa. Melting <3 <3



Apa yang aku tahu, untuk berjaya kita haruslah menetapkan matlamat kita dengan sejelas jelas jelas nya. Kita harus tahu apa yang kita nak. Sebab itu lah aku perah juga otak aku ni mencari kereta idaman aku yang sebenar. Bangun pagi buka website Honda lah Perodua lah dan sebagainya dalam misi mencari kereta idamanku yang sebenar. Sampailah aku terbuka website http://www.landrover.com.my/ dan seakan akan aku jatuh cinta pandang pertama terpandangkan Range Rover Evoque Putih ni. Aku pom apa lagi, terus lah aku print dan tampal sesiap kat board aku. Nak tengok hari-hari sebab kalau tengok hari-hari ni dia macam keajaiban sikit. Semangat kita bertambah dan keinginan kita nak memiliki tu jadi membuak-buak, So, kita akan berusaha dengan sehabis baik lah untuk memilikinya. Haaa, korang dah tampal belum? Kalau belum tampal sekarang okayy. Buat dan percaya sahaja!!! hihi


Jom kita explore apa lah yang best sangat dengan Range Rover Evoque Putih kegilaan Syaza ni.

-----------** credits to landrover.com **-------------------------


The new Range Rover Evoque is the smallest, lightest, most fuel efficient Range Rover..ever.

A true Range Rover in compact form, a new class of SUV.

EXTERIOR DESIGN

The Range Rover Evoque is available in two distinctive body styles – the compact premium crossover coupĂ© and the 5-door to cut across all lifestyles.  A dynamic profile, dramatic rising beltline, muscular shoulders and distinctive taper of the floating roofline gives the Range Rover Evoque a natural authority and magnetism.  Range Rover Evoque's carbon footprint is minimised with the use of advanced lightweight materials such as aluminum, magnesium and titanium to reduce weight and improve fuel efficiency. A bold, dramatic exterior with 20-inch wheels, unique bumpers, sills, grille and tailpipes project a more assertive, confident stance. 
DRIVING TECHNOLOGY




 ENGINES


 INTERIOR DESIGN


 SAFETY




hAAA, Menarik ke tak menarik?? Yesss!! Aku yakin satu hari nanti aku mampu memiliki RANGE ROVER EVOQUE PUTIH ini. Apa pula kereta idaman korang?? Kongsilahh hihi Tak salah nak berimpian, kerana impian dan mimpi adalah PERCUMA. Tetapi persoalannya, kenapa ramai yang takut nak berimpian??


Lagi satu aku SANGAT PERCAYA bahawa satu hari nanti aku berjaya memiliki RANGE ROVER EVOQUE ni sebabnya selepas aku tampal je GAMBAR RANGE ROVER EVOQUE ni, teruss je aku ternampak RANGE ROVER EVOQUE ni berlegar legar di jalan raya. Banyak kali jugak lah. Sebelum ni, tak pernah jumpa pom. Inilah yang dikatakan LUA. Korang pernah dengar LUA?? haa, nanti yee. entri akan datang. yeeehaaa

Terima kasih sudi baca :) Sekarang mode blogwalking on!! Jemput komen entri Syaza dan bersedialah untuk diserbu. hihi

1 comment:

  1. Way too cool!!! With ur effort & all, soon it'll belong to u insha Allah. Jangan lupa tumpangkan kita sekali eh? Hehehe

    ReplyDelete

Terima kasih tinggalkan komen. Lain kali komen lagi yer. Syaza akan singgah blog korang semua!!! Tunggu!!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Facebook Page