Thursday, 6 November 2014

Mudahnya Berniaga Part 2

Assalamualaikum. Hai semua. Berjumpa lagi kita di Part 2. Ecehh, bajet macam rancangan telebisen pulak haha.

Korang dah baca entry aku yang ni  Mudahnya Berniaga Part1. Kalau dah baca? Alhamdulillah hihi. Kat entry ni aku sambung lagi ek apa yang aku belajar semasa menyertai Siri Mudahnya Berniaga oleh Dr. Hj. Azizan Osman.

Pertama sekali. Anda mahu kaya? Ye! Siapa yang tak nak kaya kan? Cara mudah untuk kaya adalah berniaga. Tetapi kenapa ada juga yang berbisness tetapi tidak kaya-kaya??? Haa, teknik pemasaran tiada lah tu. Tahukah anda, nak berniaga ni teknik pemasaran kena 'strong'. Bila teknik tu kita dapat kuasai, kau nak jual apa pom laku. Yess. betul, anda kena percaya je.

Em, taknak lah jadi kaya. orang kaya sombong, bongkak takbur. Isy, isy , isy,, kesian betul dengan orang yang ada mentaliti sebegini. Dengar sini tuan puan sekalian, kaya memang tidak boleh dibawa mati TETAPI kaya  boleh bawa ke akhirat. Dengan menjadi kaya, kita boleh gandakan saham-saham akhirat. ye dok? ai, dah macam bagi ceramah pulak kan. hehe

Harus diingat  tau, berbisness tidak semestinya ada kedai yer. Macam aku, 100% menjalankan perniagaan Shaklee secara online sahaja. Minat bisness SHAKLEE???  haa, kelik kelik cepat.

Tiga jenis ketegori perniagaan:

Pertama, START UP. Tempoh masa untuk golongan ini adalah 3 tahun. Dan pendapatan dalam tempoh tiga tahun itu minima seratus ribu setahun.

Kedua, GROWTH. Tempoh masa adalah lebih dari 3 tahun. Sudah berjaya mendapat pendapatan lima ratus ribu ke sejuta setahun. Maknanya, seratus ribu sebulan.

Ketiga, EXPANSION. Tempoh masa sudah lebih 5 tahun. Hasil pendapatan setahun mencecah 100 juta. WOW!!! Terbeliak bijik mata kan?

Anda rasa mustahil?? Dah ramai orang yang berjaya. Jadi usah ragu-ragu lagi. Apa yang kita perlu buat adalah berusaha bersungguh-sungguh dan percaya. Percaya apa yang kita idam idamkan berjaya berada dalam tangan kita.

Aku doakkan korang kaya dan berjaya.

Thank you for reading.

1 comment:

  1. Memang best sebab ianya membuka minda dan memberi semangat untuk bangkit . Cazamiya baru je menulis : Vitamin C SHAKLEE Berkesan

    ReplyDelete

Terima kasih tinggalkan komen. Lain kali komen lagi yer. Syaza akan singgah blog korang semua!!! Tunggu!!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Facebook Page