Korang dah baca entri aku yang ni cara senang ke Times Square . Haa, yang tu lah. Good. good. hihi Korang yang baca entri aku yang tu mesti tahu kan tujuan aku pergi dan kemana sebenarnya aku pergi. Seperti yang aku janjikan kepada sahabat-sahabat aku semua yang aku kongsi ilmu yang aku dapat dari seminar itu, maka terhasillah ilmu ini.
![]() |
Inilah Dr. Hj.Azizan Osman |
Sebelum tu, bagi yang belum kenal siapa Dr. Hj. Azizan Osman ni. Bolehlah rujuk entry ni ye. Pertama sekali apa yang DAO tekankan adalah tentang gaya kita menjawab salam. Perasan tak, ada segelintir dalam kalangan kita yang main endah tak endah jer tentang jawab salam ni. Opss, aku sentap kot sebabnya kekadang aku pom macam tu wei. Adoiii.
Kenapa Salam boleh dikaitkan dengan berniaga? Bukankah berniaga adalah 'shortcut' untuk kaya? So, untuk menjadi seorang jutawan yang beriman, haruslah kita memandang tinggi terhadap salam ini. Hal ini kerana, Salam ini merupakan satu doa. Bagaimana kita nak menjadi kaya sekiranya kita tidak menghargai doa? Bagaimana? Bagaimana? dan Bagaimana? Dan sebenarnya ini adalah asas utama untuk menjadi kaya dalam sesuatu perniagaan. Bila kita meenghargai doa, cepat sahaja kita dapat tarik rezeki kan. Dan sentiasalah berdoa untuk buat lebih baik dari apa yang diberi.
Tetapi harus diingat yer. Janganlah berdoa sahaja tetapi tidak berusaha. Itu namanya mempersendakan tuhan. Doa tapi tidak usaha? Siapa hamba kepada siapa ni? Sebagai contoh, kita bekerja makan gaji. Nak minta kenaikan gaji dari bos tetapi kita seorang yang MALAS. agak agak bos nak bagi tak??? haa, pandailah korang fikir sendiri yer hihi
Kedua, Adab. DAO tekankan adab dengan guru. Maksudnya, pastikan ilmu yang kita tuntut tu berkat dan janganlah sesekali kita menderhakai guru. Dah lah kita ambil ilmu dia, nak kurang-kurang ajar pulak? Engkau dah kenapa kan?? haha
Ketiga, Betulkan niat. Kenapa lambat kaya? Kenapa bisness lingkup? padahal dah usaha sehabis baik, doa siang dan malam. Jom kawan+kawan kita , kita betulkan niat kita. Ya Allah, aku nak KAYA kerana aku nak bantu orang lain, aku nak tambah nilai hidup orang lain dan sebagainya. Sebab kalau bisness sekadar nak KAYA, percayalah anda tidak akan merasa erti Kepuasan diri.
Tahukah anda? Sedarkah anda? Majoriti rakyat Malaysia berada dalam keadaan yang 'selesa sangat' padahal keadaan ini tersangatlah bahaya. Ekonomi / kos sara hidup pula semakin meningkat. Dan dengan keadaan yang 'sangat selesa' tu, Cukup ke tidak hakak hakak sekalian oi? Sebab tu aku 'salute' sangat kepada yang sudah berjinak jinak dalam dunia bisness.
Ramai je dalam kalangan kawan-kawan aku yang memulakan bisness produk kecantikan, tudung-tudung dan lain lain. Tahniah tahniah kerana sedar kepentingan bisness pada masa kini. Tetapi harus diingatkan BERBISNESS BIARLAH BERILMU. Berbisness tanpa ilmu merupakan kesilapan terbesar yang pernah dilakukan oleh usahawan usahawan diluar sana. Maksud ilmu disini bukanlah sekadar membaca buku tau, disini ianya membawa maksud BERGURU. Jumpa mentor korang 'face-to-face'. Insyaallah, ilmu yang diturnkan tu zipzass zuss je.Bercakap pasal Mentor, jangan lupa cari mentor yang dah betul-betul berjaya supaya kita dapat tiru sebijik=bijik apa yang mentor kita dah buat sehingga berjaya. Insyaallah, jadilah seorang jutawan yang beriman.
Alhamdulillah, bersyukur sangat dapat hadir ke majlis ilmu ini. Bersyukur juga sebab dapat berada dalam kalangan orang=orang yang positif. Entry ini akan bersambung.....tunggu tau hihi
Thanks for reading . Have a nice day.
No comments:
Post a Comment
Terima kasih tinggalkan komen. Lain kali komen lagi yer. Syaza akan singgah blog korang semua!!! Tunggu!!!!