Thursday, 6 November 2014

Mudahnya Berniaga Part 2

Assalamualaikum. Hai semua. Berjumpa lagi kita di Part 2. Ecehh, bajet macam rancangan telebisen pulak haha.

Korang dah baca entry aku yang ni  Mudahnya Berniaga Part1. Kalau dah baca? Alhamdulillah hihi. Kat entry ni aku sambung lagi ek apa yang aku belajar semasa menyertai Siri Mudahnya Berniaga oleh Dr. Hj. Azizan Osman.

Pertama sekali. Anda mahu kaya? Ye! Siapa yang tak nak kaya kan? Cara mudah untuk kaya adalah berniaga. Tetapi kenapa ada juga yang berbisness tetapi tidak kaya-kaya??? Haa, teknik pemasaran tiada lah tu. Tahukah anda, nak berniaga ni teknik pemasaran kena 'strong'. Bila teknik tu kita dapat kuasai, kau nak jual apa pom laku. Yess. betul, anda kena percaya je.

Em, taknak lah jadi kaya. orang kaya sombong, bongkak takbur. Isy, isy , isy,, kesian betul dengan orang yang ada mentaliti sebegini. Dengar sini tuan puan sekalian, kaya memang tidak boleh dibawa mati TETAPI kaya  boleh bawa ke akhirat. Dengan menjadi kaya, kita boleh gandakan saham-saham akhirat. ye dok? ai, dah macam bagi ceramah pulak kan. hehe

Harus diingat  tau, berbisness tidak semestinya ada kedai yer. Macam aku, 100% menjalankan perniagaan Shaklee secara online sahaja. Minat bisness SHAKLEE???  haa, kelik kelik cepat.

Tiga jenis ketegori perniagaan:

Pertama, START UP. Tempoh masa untuk golongan ini adalah 3 tahun. Dan pendapatan dalam tempoh tiga tahun itu minima seratus ribu setahun.

Kedua, GROWTH. Tempoh masa adalah lebih dari 3 tahun. Sudah berjaya mendapat pendapatan lima ratus ribu ke sejuta setahun. Maknanya, seratus ribu sebulan.

Ketiga, EXPANSION. Tempoh masa sudah lebih 5 tahun. Hasil pendapatan setahun mencecah 100 juta. WOW!!! Terbeliak bijik mata kan?

Anda rasa mustahil?? Dah ramai orang yang berjaya. Jadi usah ragu-ragu lagi. Apa yang kita perlu buat adalah berusaha bersungguh-sungguh dan percaya. Percaya apa yang kita idam idamkan berjaya berada dalam tangan kita.

Aku doakkan korang kaya dan berjaya.

Thank you for reading.

Siapa Dr. Hj. Azizan Osman?

Pakar Keusahawanan & Pemasaran No. 1 Asia

Dr Azizan Osman adalah seorang usahawan, penulis, penceramah, jurulatih kejayaan dan pakar pemasaran No. 1 Asia.

Usahawan Melayu Malaysia

Beliau telah menulis dan menerbitkan buku-buku bertajuk Rahsia Kaya & Berjaya – Dunia Akhirat, gabungan tulisan bersama S.H. Alattas, Inspirasi Kaya & Berjaya Siri 1 dan 2, Kuasai Pemasaran Rahsia Menarik Pelanggan, Transformasi Hidup Luar Biasa dan buku terbaru beliau adalah Magnet Kekayaan & Kejayaan, sebuah buku jualan terbaik pada masa ini di pasaran.

Beliau juga telah terlibat di dalam perniagaan sejak tahun 1998 dan telah gagal banyak kali sehinggalah beliau dilatih oleh seorang jutawan dan mentor British pada tahun 2001. Dengan ilmu dan mentor, Dr Azizan berjaya mencapai banyak kejayaan.

Hari ini, beliau adalah Pengasas & Pengerusi Eksekutif kepada lebih 27 buah syarikat di dalam pelbagai industri termasuk agensi pengiklanan berakreditasi, perunding strategi pemasaran untuk syarikat telekomunikasi, perbankan, NGO serta beberapa buah syarikat pelaburan hartanah dan kolej di Malaysia dan Singapura.

Sehingga hari ini, beliau telah melatih lebih daripada 400,000 peserta dan diiktiraf oleh The Malaysia Book of Records pada tahun 2012 sebagai syarikat yang terbesar di Malaysia dalam penganjuran pelbagai seminar dan kursus dalam bidang pembangunan usahawan, pemasaran dan motivasi.


Beribu-ribu peserta telah mendapat manfaat daripada seminar-seminar keusahawanan dan kejayaan beliau yang merangkumi pelbagai profesion. Beliau kini sedang menjalankan penyelidikan dan penulisan tesis bagi melengkapkan pengajian PhD keduanya, Doctor of Philosophy in Business Administration (PhD) di City University College of Science and Technology.

Sumber:  http://azizanosman.com.my/blog/profil

Thank you for reading :)

Wednesday, 5 November 2014

Mudahnya Berniaga Part 1

Assalamualaikum semua.

Korang dah baca entri aku yang ni cara senang ke Times Square . Haa, yang tu lah. Good. good. hihi Korang yang baca entri aku yang tu mesti tahu kan tujuan aku pergi dan kemana sebenarnya aku pergi. Seperti yang aku janjikan kepada sahabat-sahabat aku semua yang aku kongsi ilmu yang aku dapat dari seminar itu, maka terhasillah ilmu ini.

Inilah Dr. Hj.Azizan Osman

Sebelum tu, bagi yang belum kenal siapa Dr. Hj. Azizan Osman ni. Bolehlah rujuk  entry  ni ye. Pertama sekali apa yang DAO tekankan adalah tentang gaya kita menjawab salam. Perasan tak, ada segelintir dalam kalangan kita yang main endah tak endah jer tentang jawab salam ni. Opss, aku sentap kot sebabnya kekadang aku pom macam tu wei. Adoiii.

Kenapa Salam boleh dikaitkan dengan berniaga? Bukankah berniaga adalah 'shortcut' untuk kaya? So, untuk menjadi seorang jutawan yang beriman, haruslah kita memandang tinggi terhadap salam ini. Hal ini kerana, Salam ini merupakan satu doa. Bagaimana kita nak menjadi kaya sekiranya kita tidak menghargai doa? Bagaimana? Bagaimana? dan Bagaimana? Dan sebenarnya ini adalah asas utama untuk menjadi kaya dalam sesuatu perniagaan. Bila kita meenghargai doa, cepat sahaja kita dapat tarik rezeki kan. Dan sentiasalah berdoa untuk buat lebih baik dari apa yang diberi.


Tetapi harus diingat yer. Janganlah berdoa sahaja tetapi tidak berusaha. Itu namanya mempersendakan tuhan. Doa tapi tidak usaha? Siapa hamba kepada siapa ni? Sebagai contoh, kita bekerja makan gaji. Nak minta kenaikan gaji dari bos tetapi kita seorang yang MALAS. agak agak bos nak bagi tak??? haa, pandailah korang fikir sendiri yer hihi

Kedua, Adab. DAO tekankan adab dengan guru. Maksudnya, pastikan ilmu yang kita tuntut tu berkat dan janganlah sesekali kita menderhakai guru. Dah lah kita ambil ilmu dia, nak kurang-kurang ajar pulak? Engkau dah kenapa kan?? haha

Ketiga, Betulkan niat. Kenapa lambat kaya? Kenapa bisness lingkup? padahal dah usaha sehabis baik, doa siang dan malam. Jom kawan+kawan kita , kita betulkan niat kita. Ya Allah, aku nak KAYA kerana aku nak bantu orang lain, aku nak tambah nilai hidup orang lain dan sebagainya. Sebab kalau bisness sekadar nak KAYA, percayalah anda tidak akan merasa erti Kepuasan diri.

Tahukah anda? Sedarkah anda? Majoriti rakyat Malaysia berada dalam keadaan yang 'selesa sangat'  padahal keadaan ini tersangatlah bahaya. Ekonomi / kos sara hidup pula semakin meningkat. Dan dengan keadaan yang 'sangat selesa' tu, Cukup ke tidak hakak hakak sekalian oi? Sebab tu aku 'salute' sangat kepada yang sudah berjinak jinak dalam dunia bisness.

Ramai je dalam kalangan kawan-kawan aku yang memulakan bisness produk kecantikan, tudung-tudung dan lain lain. Tahniah tahniah kerana sedar kepentingan bisness pada masa kini. Tetapi harus diingatkan BERBISNESS BIARLAH BERILMU. Berbisness tanpa ilmu merupakan kesilapan terbesar yang pernah dilakukan oleh usahawan usahawan diluar sana. Maksud ilmu disini bukanlah sekadar membaca buku tau, disini ianya membawa maksud  BERGURU. Jumpa mentor korang 'face-to-face'. Insyaallah, ilmu yang diturnkan tu zipzass zuss je.Bercakap pasal Mentor, jangan lupa cari mentor yang dah betul-betul berjaya supaya kita  dapat tiru sebijik=bijik apa yang mentor kita dah buat sehingga berjaya.  Insyaallah, jadilah seorang jutawan yang beriman.



Alhamdulillah, bersyukur sangat dapat hadir ke majlis ilmu ini. Bersyukur juga sebab dapat berada dalam kalangan orang=orang yang positif. Entry ini akan bersambung.....tunggu tau hihi

Thanks for reading . Have a nice day.






Tuesday, 4 November 2014

Hutang Wajib Dibayar

Assalamualaikum semua.
Rasa bersalah sebab aku dah janji dengan kak ira nak update blog tetiap hari. Last Update 2 November. So, maksudnya aku dah berhutang 3 entri lah termasuk hari ini. Lepas tu, satu lagi. aku dah janji nak buat entri pasal apa yang aku dapat di seminar DAO.

Baiklah. hari ni aku langsaikan hutang-hutang aku. Tak elok nau asyik tangguh-tangguh. Dsh settle hutang, ayuhlah kita berblogwalking. ayuh hihi

Syaza.

Sunday, 2 November 2014

About Me


{ Siapa Saya? }




Hai, Assalamualaikum. Saya Syaza. Founder of SyazaFaris.

Kepakaran saya adalah membantu anda tidak kiralah anda siapa, sama ada golongan bekerja, suri rumah mahupom pelajar dalam mendapatkan kulit yang cantik, glowing dan senang cerita kulit wajah yang bebas dari sebarang cela dengan cara yang mudah tetapi selamat.


Masalahnya masyarakat diluar sana mudah terpedaya dengan janji janji pelbagai produk yang mampu memberi kesan drastik dan ternyata produk sebegitu tidak selamat kerana mengandungi bahan-bahan yang boleh memudaratkan dan dapat merosakkan kulit. 

Selain itu, saya pakar dalam memberi konsultasi untuk produk Shaklee. Apa itu Shaklee? Shaklee adalah produk makanan tambahan, bukan ubat ye. Shaklee adalah vitamin semulajadi dimana tiada pewarna, pengawet dan juga bahan kimia yang merbahaya.

Selama lebih 50 tahun, generasi demi generasi telah bergantung pada SHAKLEE kerana telah berjaya membuat sesuatu yang sangat berbeza dari produk yang lain iaitu mencipta produk yang SELAMAT dan terbukti BERKESAN.

Apabila anda memilih Shaklee, yakinlah dengan sepenuh hati pada tiga perkara iaitu SENTIASA SELAMAT, BERKESAN dan SEMULAJADI.

Saya  juga membantu mereka yang ingin menjana pendapatan dari 2 ke 6 angka hanya secara side income dan hanya dari rumah dengan teknik pemasaran yang betol.
Inginkan bantuan saya

Boleh hubungi Syaza sekarang ye.

Berminat untuk menjadi ahli Shaklee?
Berminat untuk menjana keuntungan sehingga 6 angka?
Boleh hubungi Syaza sekarang ye.


Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin Shaklee semulajadi yang berkualiti tinggi, anda bolehlah hubungi saya untuk sebarang tempahan dan pertanyaan.

Konsultasi yang EKSKLUSIF khas untuk anda yang memilih bervitamin bersama Syaza Faris.


I'm your Shaklee Independent Distributor

Syaza Faris
No id: 1285321
Sms/wassap: 018-7886760
Email: nursyazafaris@gmail.com
Fb fan page: Syaza Faris Shaklee
Follow us on Instagram: @syazafaris.shaklee

Hanyalah manusia biasa yang bercita-cita menjadi seorang jutawan yang beriman.. Pernah mencuba pelbagai produk kecantikan sebelum jatuh cinta dengan SET PRETTY ZINTA. Dari entry ini ditulis, aku ada lagi setahun setengah untuk bergraduasi . Ohh, tak sabar sangat nak habiskan degree dan meneruskan kehidupan yang mencabar dan berliku liku ini dengan tenang. 

Sekian terima kasih.

Cara Senang Pergi Ke Times Square

Assalamualaikum.

Hari ini 02 November 2014. Semasa aku mencoretkan coretan indah di blog aku ni, aku ingin memanjatkan rasa syukur aku kerana telah terpilih oleh Allah SWT untuk menghadiri Siri Mudahnya Berniaga anjuran Dr. Azizan Osman. Nanti aku kongsikan di entri yang lain yer.

Alkisahnya, nak bagitahu, seminar itu diadakan di Berjaya Times Square Hotel. Aku kesana bersama dengan 'coursemate' aku sendiri iaitu munirah a.k.a mun.

biasalah, selfie, anak anak remaja hehehe


Kami bertolak seawal jam 7.00 pagi dari UPM Serdang. Rancangan awalnya nak bertolak pada pukul 6.30 pagi memandangkan pendaftaran masuk adalah pukul 8.00 pagi dan kami berdua pula hanya menggunakan kenderaan awam. Nasib baiklah ada kawan baik hati hantarkan kami berdua ke stesen komuter Serdang.

Yang paling aku terujanya, kalau dulu, kalau aku nak berjimba jimba di Times Square, aku akan naik KTM dari Serdang ke Bandar Tasik Selatan. Dan dari situ aku akan ambil monorail ke Hang Tuah. Dari Hang Tuah tu kenalah berjalan sedikit untuk sampai ke Times Square.

Atau jalan keduannya yang aku tahu, biasalah aku pom bukan orang 'keyel' kan, SO, ini nak cerita jalan yang aku tahulah. Satu lagi, KTM Serdang ke KL Sentral. Sampai sahaja di KL Sentral, korang kena lintas jalan pergi ke bangunan satu lagi. Kalau berseorangan aku sarankan jangan tau, sebab bahaya kot. Agak jauhlah. Dari KL Sentral, ambil LRT ke IMBI.

TAPI ITU DULU. Itu zaman NU Sentral belum wujud. Itu zaman jejantas belum siap. TERBARU. Kini, TIDAK PERLU berjalan jauh lagi. Kalau dari Serdang, ambil KTM ke KL Sentral . Sampai sahaja KL Sentral, terus naik eskalator ke NU Sentral. Dan korang akan nampak ada mesin membeli token di jejantas tu, ada lebih kurang 4 buah rasanya mesin tu. Korang beli dan tunggu sahajalah ketapi bergerak datang. Jangan lupa pilih IMBI yer untuk ke Times Square.

Yeayyy!!!! Kini tidak perlu berjalan jauh lagi. Senang lah nak ke Times Square. Kalau dulu, aku selalu mengelat nak ke Times Square sebab malas nak jalan kan.  Sekarang, OK sahajalah hihihi.

Done! Thanks for reading. Have a nice day. Sebenarnya aku nak tulis pendek jer tapi terkarangan lah pulekkk hihihi. Maafkan eden yer, hihi. Assalamualaikum

Saturday, 1 November 2014

Testimoni Set Pretty Zinta SHAKLEE

Assalamualaikum.

Korang dah baca ke entry aku yang lepas, iaitu Tips Kulit Putih Gebu. Kat entry tu, aku ada bagitahu yang nak kulit putih gebu, korang kena lah ambil Set Pretty Zinta sebagai makanan tambahan seharian.

Apakah itu Set Pretty Zinta?
Set Pretty Zinta adalah nama yang aku saje saje reka untuk Setk Kecantikan Kulit Shaklee. Haruslah dari jenama Shaklee tau. Korang kena pastikan supplement yang korang ambil adalah dari jenama Shaklee. Ok! *garang nauu hahaha Ada 3 barang dalam set ini iaitu Vitamin C, Vitamin E dan B Complex. Wahh!! macam banyak jer kena ambil. Korang jangan risau, Ianya tidak akan dan tidak sesekali MEMBEBANKAN anda. Aku akan guide cara makan yang betul untuk dapatkan kulit cun melecun. Dan korang akan seronok menikmati vitamin vitamin ini disamping membelai kulit korang yang halus mulus itu.

Siapa boleh ambil Set Pretty Zinta?
Yang ada hitam hitam bawah mata, boleh ambil Set Kulit Shaklee ini
Yang ada parut di muka dan badan, boleh ambil Set Kulit Shaklee ini
Yang ada blackhead whitehead, boleh ambil Set Kulit Shaklee ini
Yang ada jerawat jeragat, boleh ambil Set Kulit Shaklee ini
Yang ada tona kulit tak sekata, boleh ambil Set Kulit Shaklee ini
Yang ada kulit kusam tak bermaya, boleh ambil Set Kulit Shaklee ini
Yang paling penting, lelaki dan perempuan boleh ambil Set Kulit Shaklee ini

Jom. Aku belanja korang Testimoni Testimoni Set Kecantikan Kulit SHAKLEE ataupun SET PRETTY ZINTA.















Okey. Last but not least. Boleh follow instashop aku lah. Taip @SYAZAFARIS.SHAKLEE yer, Tak sabar sabar sangat. Wassap terus aku 018-7886760.

Feel free to share. Thank you for reading. Love you all. Moga berjumpa lagi.


Berminat mencuba Set Pretty Zinta SHAKLEE?
Berminat untuk menjadi ahli Shaklee?
Berminat untuk menjana keuntungan sehingga 6 angka?
Boleh hubungi Syaza sekarang ye.


Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin Shaklee semulajadi yang berkualiti tinggi, anda bolehlah hubungi saya untuk sebarang tempahan dan pertanyaan.

Konsultasi yang EKSKLUSIF khas untuk anda yang memilih bervitamin bersama Syaza Faris.


I'm your Shaklee Independent Distributor

Syaza Faris
No id: 1285321
Sms/wassap: 018-7886760
Email: nursyazafaris@gmail.com
Fb fan page: Syaza Faris Shaklee
Follow us on Instagram: @syazafaris.shaklee
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Facebook Page