Friday 23 January 2015

10 sebab kenapa anda perlukan multivitamin (vitalea) Shaklee

Hai





10 Sebab Mengapa Anda Harus Mengambil 1 biji Multivitamin Sehari

1) Nutrien yang Mencukupi Ketika Menurunkan Berat Badan

Kuning telur, tak dinafikan merupakan makanan paling tinggi nutriennya, dan tak keterlaluan jika saya katakan kuning telur merupakan ‘multivitamin’ yang di ambil oleh orang zaman dahulu pada sebelah pagi. Namun sayangnya, kuning telur tinggi kandungan kolestrolnya, disamping nilai kalorinya juga tinggi memandangkan ia kaya dengan lemak.

Kebanyakan mereka yang mengamalkan diet untuk turun berat badan pasti akan mengelak makanan-makanan berkalori tinggi seperti ini. Itu baru saya ambil contoh satu jenis makanan, bagaimana pula dengan yang lain? Tubuh badan kita sememangnya memerlukan nutrien yang mencukupi untuk terus berfungsi. Kadar metabolisma pastinya terjejas apabila kekurangan nutrien tertentu, sekaligus ia menjadi rendah dan akhirnya progres untuk turun berat badan akan menjadi semakin perlahan!

Pernah tak anda dengar ungkapan ini, “Ko ni aku tengok lemah lesu, macam tak cukup makan..”. Salah satu faktornya adalah disebabkan kekurangan micronutrient dalam diet.

2) Faktor Sibuk
Faktor kesibukan di zaman moden menyebabkan corak pemakanan kadang-kadang tidak seimbang (dari segi kandungan micronutriennya), terutamanya jika anda sering bekerja di luar dan jarang memasak di rumah.

3) Termusnah Akibat Dimasak

Haba merupakan faktor utama yang boleh menyebabkan satu-satu vitamin itu terurai. Vitamin boleh bekerja pada suhu optimum iaitu suhu badan manusia (dalam 35 darjah celcius), lebih daripada itu, ia mungkin akan musnah. Oleh sebab itu, belum terjamin 100% vitamin-vitamin yg terkandung dalam sesebuah makanan yang dimasak dapat digunakan oleh badan kita.

4) Stress (tekanan perasaan, kerja)

Dalam dunia yang serba sibuk dan mencabar, tidak sah jika seseorang itu menghidap tekanan mental. Kehilangan magnesium dan beberapa nutrien penting adalah lumrah dek kerana tekanan perasaan, mental, dan sebagainya.

5) Kualiti Makanan yang Semakin Rendah

Kualiti sayur-sayuran (juga buah) yang ada kini mungkin tidak lagi setanding kualitinya berbanding sayur-sayuran yang ditanam (secara organik) beberapa dekad yang lalu. Sayur-sayuran zaman kini terlalu banyak ‘dimanjakan’ dengan bahan-bahan kimia, yang mungkin memusnahkan kualiti nutrien yang terkandung di dalamnya.

6) Pencemaran Alam sekitar

Kemodenan dan kepesatan teknologi mengakibatkan alam sekitar kian tercemar berbanding beberapa dekad yang lalu. Saban hari, sistem ketahanan tubuh kita kian terancam, dan micronutrient yang hanya diperolehi daripada makanan sahaja (rujuk no.3 dan no.5) mungkin tidak mencukupi.


 7) Tabiat memilih
Terdapat individu yang tidak suka makan sayur, dan hanya bergantung kepada daging dan makanan laut sahaja untuk mendapatkan sumber micronutrient, dan ini tidak mencukupi kerana kebanyakan vitamin dan mineral wujud dalam tumbuh-tumbuhan. Terdapat pula individu yang mengamalkan diet vegetarian (tak makan daging, ayam, telur) dan individu sebegini mungkin tidak mendapat cukup vitamin B12, zinc dan calcium.

8) Tahap Penyerapan Nutrien yang Rendah
Tidak semua individu mampu menyerap nutrien dengan baik, terutamanya golongan yang sudah berumur. Supplemen multivitamin membantu dalam memastikan bekalan vitamin dan mineral kepada tubuh badan sentiasa mencukupi.

9) Harganya yang Murah
Harganya yang mampu milik tetapi qualiti memang superb!

10) Role Model Kita
Yeaay!! Semestinya Tun Mahathir.juga pengguna tegar Multi vitamin Shaklee

Ayuhhh! Jom sihat bersama sama
Berminat untuk menjadi ahli Shaklee?
Berminat untuk menjana keuntungan sehingga 6 angka?
Boleh hubungi Syaza sekarang ye.


Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin Shaklee semulajadi yang berkualiti tinggi, anda bolehlah hubungi saya untuk sebarang tempahan dan pertanyaan.

Konsultasi yang EKSKLUSIF khas untuk anda yang memilih bervitamin bersama Syaza Faris.


I'm your Shaklee Independent Distributor

Syaza Faris
No id: 1285321
Sms/wassap: 018-7886760
Email: nursyazafaris@gmail.com
Fb fan page: Syaza Faris Shaklee
Follow us on Instagram: @syazafaris.shaklee

No comments:

Post a Comment

Terima kasih tinggalkan komen. Lain kali komen lagi yer. Syaza akan singgah blog korang semua!!! Tunggu!!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Facebook Page